Kedua-dua suspek dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Majistret Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Dua penganggur direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung empat kes jenayah termasuk samun bersenjata dan pecah rumah di sekitar Tanjung Bungah di sini.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim bermula hari ini hingga 20 Ogos depan.

Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Difahamkan, kedua-dua suspek itu mempunyai lebih 20 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

ARTIKEL BERKAITAN

2 lelaki ditahan kes samun bersenjata di Tanjung Bungah

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng memaklumkan kedua-dua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan pada kira-kira jam 8.45 pagi dan 10.05 pagi, semalam.

Katanya, suspek pertama ditahan di Machang Bubok manakala suspek kedua ditahan di Jalan Perda Timur, Bukit Mertajam.

“Polis turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai milik mangsa daripada kedua-dua suspek ketika tangkapan dilakukan.

“Empat kertas siasatan dibuka membabitkan satu kes pecah rumah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, samun bersenjata mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, pencerobohan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta kecurian alat kawalan jauh pintu pagar automatik mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here