Faizal Saari. Foto FB MHC.

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi hoki kebangsaa, Faizal Saari, 35, enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal sebelum turun ke ‘medan perang’ pada Piala Dunia 2026 di Belgium bermula hari ini.

Namun dia membayangkan kejohanan itu bakal menjadi penampilan keempat dan juga terakhir dalam kariernya di pentas Piala Dunia selepas bermain pada edisi 2014 di The Hague, Belanda, 2018 di Bhubaneswar, India dan 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India.

Apa pun, perjuangan kali ini boleh diibaratkan paling sukar buat Faizal kerana Speedy Tigers diundi dalam Kumpulan B bersama dua juara dunia, Belgium dan Jerman serta juara Piala Negara-Negara 2025-26, Perancis.

“Syukur Alhamdulillah dapat ke Piala Dunia untuk kali keempat dan saya rasa Piala Dunia yang terakhir dalam karier saya.

“Berdebar pun ada sebab kumpulan kita sangat sukar dengan pasukan No.1 dunia, Belgium, Jerman dan Perancis. Susah nak kalahkan mereka tetapi tak mustahil,” kata Faizal yang memiliki 322 kaps antarabangsa.

Speedy Tigers kendalian Brendon Carolan telah berlepas ke Belgium bagi menjalani kem latihan di Kelab Hoki Gantoise sebelum bermain satu perlawanan persahabatan dengan Sepanyol kelmarin.

Ia adalah persediaan terakhir sebelum mereka membuka kempen Piala Dunia menentang Jerman di Arena Hoki Belfius, Wavre hari ini,  diikuti Perancis (17 Ogos) dan Belgium pada 19 Ogos ini.

Selain Faizal, dua lagi tonggak berpengalaman iaitu kapte, Muhammad Marhan Mohd Jalil dan pemain pertahanan, Faiz Helmi Jali juga akan membuat penampilan keempat mereka di Piala Dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here