Seramai 23 Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sungai Petani serta 21 Ketua Cawangan meletakkan jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta merta.
Ketua Bersatu Bahagian Sungai Petani, Nik Fazli Nik Fathil berkata, keputusan itu dibuat setelah melalui pertimbangan yang mendalam serta mengambil kira keadaan semasa parti, suara akar umbi dan perkembangan politik yang berlaku sejak kebelakangan ini.















