Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Suami, Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 5 DISEMBER 2024. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen menetapkan esok dan lusa bagi menyambung perbicaraan kes pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Prosiding selama dua hari itu dijadual didengar di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Pada perbicaraan lalu, mahkamah mendengar keterangan seorang pegawai bank bahawa wang sebanyak RM20.3 juta milik PNB, dipindah masuk ke dalam akaun syarikat FashionValet Sdn. Bhd..

Penolong Pengurus Maybank, Cawangan Jalan Tun Razak, Shamsiah Musa, 55, berkata, dua transaksi pemindahan wang itu dilakukan pada 4 Jun 2018 dan 20 Disember 2018.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn. Bhd. melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet kepada syarikat 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here