Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) akan terus memantau perkembangan seorang bayi perempuan yang didapati positif dadah selepas dilahirkan bagi mengenal pasti kesan terhadap perkembangan mental, pertumbuhan dan pembesarannya.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) JKNK Dr Rohana Daud berkata pemantauan berterusan penting bagi memastikan kesan terhadap bayi itu dapat dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil dari peringkat awal.

“Pemeriksaan menggunakan Finnegan Score menunjukkan skor bayi itu kini berada pada tahap sifar selepas menerima rawatan.

“Mengikut maklumat diperoleh, ibu bayi itu mengambil ubat penenang dan kemungkinan kesannya kepada bayi tidak berterusan sebaliknya hanya mengalami gejala penarikan (withdrawal symptom),” katanya.

Dr Rohana berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Universiti Sains Malaysia (USM) House Officer Preparatory Course 2026 di Hospital USM, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada 12 Ogos, seorang bayi perempuan didapati positif amphetamine dan benzodiazepines selepas menjalani saringan air kencing di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Susulan itu, polis menahan ibu bayi tersebut yang berusia 30 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here