Padah berlagak ala ‘marsyal untuk konvoi kereta mewah di Bulatan Lebuh Kota Iskandar Johor Bharu, dua pemandu kereta ditahan polis, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Saifullah Jaya @ Yahaya berkata kedua-dua lelaki berusia 65 dan 54 tahun itu ditahan hari ini bersama-sama kereta yang digunakannya.














