LONDON – Pertahanan tengah Argentina, Cristian Romero dari Tottenham sah menjadi milik Atletico Madrid dengan nilai perpindahan dilaporkan €40 juta (RM186 juta), termasuk bayaran tambahan.
“Romero menandatangani kontrak bersama kelab ini sehingga 30 Jun 2031,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Pemain berusia 28 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Spurs semalam selepas lima tahun beraksi di utara London.
Pemain antarabangsa Argentina itu menjadi pemain keempat menyertai Atletico musim panas ini selepas Alejandro Grimaldo, Kang-in Lee dan Morten Hjulmand.
Dia dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika kelab berkenaan menamatkan penantian 17 tahun untuk trofi selepas menewaskan Manchester United pada final Liga Europa 2025.
Romero yang mengumpul 156 penampilan bersama Spurs merupakan anggota skuad negara berkenaan yang tewas kepada Sepanyol pada final Piala Dunia bulan lalu.
Dia yang pernah beberapa kali digantung dalam mesej perpisahannya berkata meninggalkan kelab itu dengan “hati yang sarat kenangan” serta “kebanggaan yang amat besar”. – Agensi
















