Foto FB SUKMA Selangor 2026.

KUALA LUMPUR – Sekretariat SUKMA Selangor 2026 menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurulatih pasukan sofbol lelaki Terengganu, Shymin Amirul Wan Mohd Sofli yang meninggal dunia hari ini.

“Seluruh warga SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Shymin Amirul Wan Mohd Sofli.

“Allahyarham merupakan jurulatih pasukan sofbol lelaki SUKMA Terengganu,” menurutnya dalam satu kenyataan di media sosial di sini hari ini.

Sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham, pihak Sekretariat SUKMA memutuskan supaya bertafakur selama satu minit pada setiap permulaan perlawanan sepanjang saingan Sukma berlangsung hari ini.

Shymin Amirul dilaporkan tidak sedarkan diri ketika aksi pasukan sofbol lelaki Terengganu menentang Negeri Sembilan, semalam di Padang Softbol, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam perlawanan itu, Terengganu mencatat kemenangan 14-9 ke atas Negeri Sembilan, manakala pasukan wanita negeri berkenaan turut melakar kemenangan besar 21-1 ke atas Kelantan.

Dalam pada itu, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) berkata, pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, sahabat serta seluruh warga sukan Terengganu yang mengenali dan pernah bersama beliau.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini,” menurut kenyataan UPDI. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here