WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan Pentagon untuk mengurangkan secara ketara latihan ketenteraan bersama dengan Korea Selatan.
“Saya tidak berpuas hati dengan hakikat bahawa Amerika Syarikat sejak dahulu lagi telah bersetuju untuk menyertai Latihan Ketenteraan Bersama dengan Korea Selatan.
“Latihan ini bukan sahaja menelan kos yang tinggi, malah sebahagian besar kos tersebut ditanggung oleh Amerika Syarikat (seperti biasa!), tetapi turut menghantar isyarat yang sama sekali tidak sesuai dan bersifat bermusuhan.
“Berdasarkan hakikat bahawa sudah terlambat untuk membatalkannya, saya telah mengarahkan Setiausaha Perang, Pete Hegseth, untuk mengurangkan secara ketara Latihan Ketenteraan Bersama itu!,” tulis Trump menerusi hantaran di platform Truth Social.
Presiden AS itu turut menyebut keengganan Seoul untuk menyertai tindakan AS bagi “menyah-nuklear” Iran. – Agensi
















