Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto AIZAT ZAINAL, 27 FEBRUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh berhubung insiden tiga sekeluarga maut dirempuh sebuah lori milik agensi itu di ibu negara awal pagi tadi.

Sambil merakamkan ucapan takziah, Perdana Menteri menegaskan tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi sekiranya terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam insiden itu.

“Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh. Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga beranak maut selepas dilanggar sebuah lori JIM Kuala Lumpur yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki berusia 53 tahun, serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.

Seorang wanita berusia 55 tahun yang juga isteri dan ibu kepada mangsa cedera dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, keluarga berkenaan yang berasal dari Kampar, Perak, sedang bercuti di ibu negara. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here