Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Sungai Chua, Kajang, pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 16 Ogos lalu.

Menurut beliau, berdasarkan laporan, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Mac lepas ketika mangsa berada di rumah.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan individu yang dikenali keluarga mangsa dan dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika mangsa berada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu berjaya ditahan polis di Rantau Panjang, Kelantan, semalam bagi membantu siasatan.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 26 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Dalam perkembangan sama, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif methamphetamine.

Sehubungan itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan sendiri dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Naazron turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya meningkatkan pengawasan terhadap keselamatan anak-anak, selain memberikan pendidikan berkaitan keselamatan diri.

Ini termasuk membantu kanak-kanak mengenal pasti tingkah laku atau sentuhan yang tidak wajar serta menggalakkan mereka segera memaklumkan kepada ibu bapa, penjaga, guru atau individu dewasa yang dipercayai sekiranya berdepan gangguan atau perlakuan mencurigakan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here