MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan lebih 50 insiden termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar yang dilaporkan berlaku di tiga wilayah Selatan Thailand, Sabtu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, langkah itu diambil bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan sempadan negara sentiasa terkawal.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan konflik berkenaan buat sementara waktu bagi mengelakkan mereka terdedah kepada sebarang risiko keselamatan. – MalaysiaGazette















