MELAKA – Penyanyi popular Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.
Ziana Zain merupakan antara 189 penerima DPSM daripada keseluruhan 1,328 individu yang menerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2026.















