Foto: AFP

ISTANBUL – Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Nepal mencecah 623 orang pada Sabtu, ketika pasukan mencari dan menyelamat terus menemukan mayat yang dihanyutkan arus deras sungai, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Nepal mengesahkan bahawa mereka telah menemukan 616 mayat, termasuk 233 di Chitwan dan 158 di Nawalparasi Timur, menjadikannya antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu.

Angka korban itu termasuk puluhan mangsa yang ditemui di Gorkha, Dhading dan Nuwakot susulan limpahan air sungai Bhotekoshi dan Trishuli, sungai utama yang berpunca daripada banjaran Himalaya.

Mayat ditemukan sehingga ke kawasan sempadan dengan India. Sekurang-kurangnya 638 orang dilaporkan hilang di wilayah Nepal termasuk 511 warga asing.

Sementara itu, tujuh orang terkorban dan 554 lagi masih hilang di China, menurut Agensi Berita Xinhua.

Pihak berkuasa Nepal melaporkan 2,301 orang telah diselamatkan atau dirawat akibat kecederaan, dengan kebanyakan mangsa yang terselamat berada di daerah Nuwakot dan Rasuwa.

Data polis menunjukkan 27 pegawai masih gagal dihubungi manakala 4,811 anggota telah dikerahkan ke kawasan terjejas bagi mengendalikan usaha pemulihan. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here