Pekerja kedai makan maut manakala remaja 14 tahun parah  dalam kemalangan di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang pekerja kedai makan maut manakala remaja 14 tahun parah  dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 9.10 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki kedua-dua mangsa dan kereta Perodua Aruz.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun keluar simpang.

“Semasa keluar simpang dari bandar Mas, penunggang motosikal berkenaan bergerak jalan lurus menghala ke Penawar itu tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibatnya motosikal ditunggang lelaki tempatan berumur 18 tahun dan pembonceng remaja berumur 14 tahun kemalangan.

Penunggang tersebut mendapat kecederaan parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, jenazah Shafiq Nazhiq Suradi dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.

Pembonceng pula, katanya, mengalami kecederaan yang sama dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Menurut Yusof, pemandu berkenaan pula retak pada bahu kanan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Kes masih dalam siasatan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM 20,000 hingga RM50,000.

Tambahnya, ia termasuk hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here