Peserta grafik manusia yang melakukan persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ketika di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2026.

PUTRAJAYA – Biarpun berdepan dengan cuaca terik, kemeriahan serta kejayaan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya hari ini tetap berlangsung meriah dan lancar hasil titik peluh dan kerjasama pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, cuaca panas terik juga tidak menghalang peserta memberikan persembahan terbaik di hadapan ribuan pengunjung yang hadir.

“Alhamdulillah, Hari Kebangsaan 2026 disambut dengan penuh meriah, doa seluruh rakyat Malaysia serta cuaca yang baik ternyata telah memberi semangat kepada peserta dan pengunjung.

“Mereka hadir bertali arus, dengan program sisipan yang telah kita atur dan disusuni dengan beberapa program sehingga kemuncak hari ini dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi turut memuji komitmen peserta yang terus memberikan persembahan bertenaga dan penuh semangat meskipun jumlah penyertaan kali ini lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.

“Walaupun bilangan penyertaan human graphic yang lebih kecil tetapi semangat dan momentumnya kekal.

“Saya lihat tiada seorang pun yang keletihan. Inilah semangat yang ditunjukkan anak-anak muda kita, khususnya para pelajar daripada 36 buah sekolah yang telah memberikan persembahan terbaik buat seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kehadiran lebih 100,000 pengunjung pada sambutan kali ini membuktikan semangat patriotisme terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Katanya, sambutan yang berlangsung itu mencerminkan kesatuan dan kecintaan rakyat terhadap negara, selain memberi peluang kepada generasi muda untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here