Armand Azha Abu Hanifah.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam tidak menafikan bahawa tunggakan bayaran kepada kontraktor memang berlaku.

Yang dinafikan oleh MOF ialah dakwaan bahawa peruntukan jalan luar bandar KKDW telah “disekat” atau tidak disalurkan.

Bahkan, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah berkata, MOF sendiri mengakui memang ada tunggakan bayaran kepada kontraktor dan ia telah meluluskan tambahan RM300 juta pada 2026 untuk membantu menyelesaikan tunggakan tersebut.

Malah, MOF juga sedang mencari penjimatan daripada kementerian lain untuk menampung keterlebihan komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Jadi, kalau ada pihak menggunakan kenyataan ini untuk mengatakan “tak ada masalah, semuanya sudah disalurkan”, itu tidak tepat.

“Kenyataan MOF (semalam) bukan menafikan masalah yang dibangkitkan TPM (timbalan perdana menteri).

“Sebaliknya, MOF mengesahkan memang wujud tunggakan bayaran kontraktor, sampai RM300 juta peruntukan tambahan perlu diluluskan dan penjimatan kementerian lain sedang dicari untuk menampung keterlebihan komitmen KKDW,” katanya yang mengulas isu berkenaan.

Jadi, katanya, persoalannya kepada isu ini  bukan semata-mata ‘ada bajet atau tiada bajet’.

Sebaliknya, persoalan sebenar ialah bagaimana projek yang sudah diluluskan, dianugerahkan dan dilaksanakan boleh sampai ke tahap komitmen melebihi peruntukan sehingga kontraktor terpaksa menunggu bayaran.

“Ini isu yang utama dibangkitkan, tak perlu nak spin tukar naratif cerita lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here