Polis sedang menyiasat kejadian tular dua kanak-kanak perempuan di dakwa duduk di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV, ketika kenderaan mewah itu sedang bergerak di jalan raya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu yang tular di media sosial sejak semalam.















