Kenyataan yang dikeluarkan oleh Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) hari ini menafikan dakwaan bahawa negara itu pernah cuba menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Perkara itu ditegaskan oleh Chargé d’Affaires (Ketua Misi) Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David H. Gamble Jr., menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

“Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.

“Sebarang dakwaan sebaliknya adalah tidak benar,” katanya.

Kenyataan ringkas itu dipercayai sebagai penegasan pendirian Washington berhubung dakwaan campur tangan AS dalam urusan politik dan kepimpinan Malaysia.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan AS pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pemerintahan negara.

Menurut beliau, perkara itu berlaku ketika lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia, apabila beberapa pemimpin Pas ketika itu dijemput bertemu di Kedutaan Amerika Syarikat.

Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan

Dakwaan itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kenyataan yang sama.

Menurut beliau, AS pernah bertanya sama ada Pas merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN), ketika kunjungan Obama ke Malaysia dan beberapa wakil pembangkang dijemput menghadiri majlis minum petang di Kedutaan AS.

Bagaimanapun, Pas menegaskan tidak mahu campur tangan kuasa asing dalam politik negara.

“Antara perkara yang ditanya oleh wakil kedutaan ialah sama ada Pas merancang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada masa itu.

“Kami tidak memberikan apa-apa keputusan kerana kita tidak mengharapkan campur tangan daripada negara-negara luar. Politik negara kita, negara kitalah, tidak boleh ada campur tangan luar,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, semalam. – MalaysiaGazette

AS pernah tanya Pas mahu jatuhkan BN, kata Takiyuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here