[ARKIB] Seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi pegawai SPRM tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman berkaitan kes RCI Tabung Haji, di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 02 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, disambung reman selama dua hari.

Perintah sambung reman bermula esok hingga Selasa (8 September 2026) dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/09/02/rci-th-bekas-menteri-direman-lima-hari-ini/

Terdahulu, bekas menteri terbabit direman lima hari hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut hantaran SPRM di media sosial, bekas menteri itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang, 1 September lalu bagi berhubung kes membabitkan penyewaan hotel di Arab Saudi.

Laporan RCI yang didedahkan kepada umum 29 Julai lalu mendapati terdapat perjanjian pajakan jangka panjang TH bagi empat hotel di Makkah dan Madinah antara 2015 hingga 2017, membabitkan bayaran pendahuluan kira-kira 1.43 bilion riyal Saudi.

RCI mengetengahkan kelemahan dalam usaha wajar dan kawalan risiko, manakala bayaran sewa kemudiannya tertunggak sehingga mendorong Tabung Haji mengambil tindakan undang-undang di Arab Saudi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here