BEIRUT/ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 24 lagi cedera dalam serangan Israel di Lubnan sepanjang tempoh 24 jam lalu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jumlah keseluruhan korban akibat serangan Israel sejak 2 Mac meningkat kepada 4,381 orang, manakala 12,402 lagi cedera setakat Isnin, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Perkembangan terbaharu berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan Israel di Lubnan sejak 8 Okt 2023 kepada 8,948 orang maut dan 30,638 cedera.

Israel terus melancarkan serangan udara di seluruh selatan Lubnan meskipun terdapat perjanjian yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) dan ditandatangani pada Jun lalu.

Perjanjian itu memperuntukkan pengunduran Israel secara berperingkat dari wilayah Lubnan sebagai pertukaran kepada penempatan tentera Lubnan di kawasan berkenaan.

Israel masih menduduki beberapa kawasan di selatan Lubnan, dengan sebahagiannya dikuasai sejak beberapa dekad lalu dan kawasan lain dirampas ketika perang 2023-2024.

Israel juga memperluas wilayah di bawah pendudukannya sepanjang serangan yang masih berterusan.- BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here