KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara, kata Perdana Menteri.
Menurut Datuk Seri Anwar, beliau bersama isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berduka cita di samping menitipkan doa dan ingatan bersama keluarga mangsa yang sedang melalui detik berat ini.
“Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
“Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang semalam.
Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
- https://malaysiagazette.com/2026/09/08/juruterbang-empat-petugas-kkm-disahkan-maut-dalam-nahas-helikopter-residen-miri/
- https://malaysiagazette.com/2026/09/09/perkhidmatan-fds-diteruskan-kkm-utamakan-keselamatan-pesakit/
















