Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

KUALA LUMPUR – Kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang di Kedah perlu dirampas semula pada pilihan raya umum nanti bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menteri Besar Kedah itu menyifatkan wakil rakyat pembangkang gagal membawa pembangunan di kawasan yang dimenangi mereka dan Barisan Nasional (BN) perlu menyakinkan pengundi untuk kembali menyokong mereka.

“Kita tengok sahaja kawasan Pokok Sena, apa yang Mahfuz (Datuk Mahfuz Omar) buat? Jika dia terus menang di situ, apa dia boleh buat untuk bangunkan kawasan.

“Kuala Kedah pun sama, tak ada pembangunan yang mereka buat untuk rakyat, yang bangunkan projek pembangunan adalah kerajaan BN,” beliau dipetik berkata semasa Himpunan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Kedah hari ini.

Beliau juga menggesa supaya rakyat membuat keputusan yang bijak dan tidak terpedaya dengan janji kosong pembangkang.

“Usah terpedaya dengan janji-janji palsu pembangkang. Kali ini jangan buat silap lagi, jangan hilang kuasa di kawasan dimenangi pembangkang jika mahukan pembangunan,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, kesinambungan pentadbiran antara negeri dan Pusat amat diperlukan bagi melancarkan projek pembangunan yang dirancang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast