Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai, Wilayah Narathiwat, Thailand pada 6 Mei lalu.

Kementerian Luar Negeri yang mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra dan dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, serta mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, seperti butiran di bawah:

Alamat : No 4, Sukhum Road,
Tambon Boryang
Muang District Songkhla
90000 Thailand
No. Telefon : +(6674) 311062 /+(6674) 316 274 (waktu pejabat)
+(6693) 6570707 (selepas waktu pejabat)
Emel : [email protected] – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast