PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi selaras konsep ‘amalan terbaik global’ melalui perbandingan dengan negara lain dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian itu turut mengambil kira pandangan pakar insolvensi rentas sempadan selain pakar dalam dan luar negara serta pandangan rakyat umum.

Mengulas lanjut, agenda Dasar Peluang Kedua yang diumumkan itu diperluaskan kepada golongan bankrap untuk memberikan peluang mereka kembali menyumbang kepada ekonomi dan menjalani kehidupan baharu.
“Ia menyasarkan pelepasan seramai 130,000 orang yang diisytiharkan bankrap hingga tempoh masa satu tahun selepas Akta A1695 berkuat kuasa.
“Komitmen kerajaan dalam roll-out ini adalah bagi memastikan tiada golongan rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan negara,” katanya.
















