GELANG PATAH – Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini sudah kosong.

Ia berikutan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatan yang dipegangnya itu hari ini.

Pengumuman peletakan jawatan itu dibuat Tunku Ismail pada sidang akhbar sempena Kongres Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) di Hotel Phoenix, Forest City.

Pada sidang akhbar itu, Tunku Ismail turut menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Dengan peletakan itu, Tunku Ismail secara rasminya dilantik menjadi Pengerusi FMLLP yang kini dikenali sebagai Malaysia Football League (MFL). – MalaysiaGazette.

TMJ letak jawatan Presiden FAM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast