Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menjual kesemua 23 peratus kepentingannya di dalam GMR Male International Airport Ltd. (GMIAL) kepada syarikat usahasamanya GMR Holdings pada harga RM28.5 juta (AS$7.39 juta) tunai.

Penjualan ini sekaligus membolehkan MAHB keluar daripada projek kontroversi itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, ia bakal menerima keuntungan sebanyak RM28.5 juta daripada pelupusan kepentingan dalam lapangan terbang tersebut kerana nilai asetnya telah susut nilai sepenuhnya pada 2014.

Perjanjian penjualan saham itu telah dimeterai pada 14 Mac.

MAHB telah melabur sebanyak AS$6.9 juta bagi memiliki 23 peratus kepentingan dalam GMIAL yang mana baki 77 peratus dimiliki oleh GMR Holdings bagaimanapun projek tersebut mengalami masalah tidak lama selepas itu.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast