Seorang pekerja pembersihan didakwa atas pertuduhan membenarkan anak lelakinya yang berusia 10 tahun memandu sebuah kereta di Mahkamah Majistret Trafik, Seremban hari ini.
Wanita yang juga pemilik kereta itu didakwa kerana membenarkan seorang kanak-kanak memandu kenderaan berkenaan yang dilakukan kira-kira jam 9.00 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, pada Selasa lalu.















