Jabatan Perkhidmatan Veterinar

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan tiada wabak penyakit berlaku dalam pengeluaran ayam belanda dan bekalan negara dijangka stabil.

Menurutnya, bagi memastikan bekalan ayam belanda sentiasa ada di pasaran, ia ditampung dengan mengimport dari negara luar untuk memenuhi keperluan dalam negara khasnya di musim perayaan Krismas.

“Di antara langkah yang telah diambil oleh DVS ialah memeriksa dan meluluskan loji penyembelihan halal ayam belanda di luar negara bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pada masa ini, Turkiye merupakan negara sumber yang telah diluluskan bagi pengimportan ayam belanda ke Malaysia dan tempoh kelulusan adalah sehingga tahun 2027,” katanya dalam kenyataan di sini.

DVS menambah, selain Turkiye, negara sumber yang berpotensi adalah Rusia dan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, kedua-dua negara berkenaan sedang dalam proses penilaian risiko bagi mendapatkan kelulusan kawasan bebas penyakit daripada DVS bagi menangani isu penyakit HPAI.

“Untuk makluman, tiada keperluan permit import (AP) diperlukan untuk pengimportan daging lembu dan kerbau ke Malaysia bermula 2016 kerana permit bagi ternakan dan produk haiwan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Kuarantin (Maqis).

“Sekatan tersebut bukan hanya untuk ayam belanda, tetapi adalah untuk semua ayam/itik dan produk ayam/itik serta termasuk ayam belanda,” ujarnya.

DVS berkata, pada 2021, pengimportan ayam belanda (termasuk ayam belanda segar, sejuk dan beku, potongan dan offal) ke Malaysia diluluskan oleh DVS hanya dari negara Amerika Syarikat.

Pada tahun 2023, DVS telah meluluskan nonimportance ayam belanda (termasuk ayam belanda segar, sejuk dan beku, potongan dan offal) dari negara Turkiye dan pengimportan berterusan sehingga kini.

“Sehingga kini, tiada kelulusan untuk pengimportan ayam belanda (termasuk ayam belanda segar, sejuk dan beku, potongan dan offal) dari Hong Kong, Kanada, Brazil, China dan Jerman,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast