Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja England, Raja Charles III di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

JOHOR BAHRU – Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja England, Raja Charles III di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Detik tersebut dimuat naik dalam Facebook rasmi milik Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran tersebut, panggilan telefon berkenaan fokus kepada  Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-27 di Apia, Samoa dari 21 hingga 26 Oktober.

Raja Charles juga menyampaikan salam hormat kepada Sultan Ibrahim untuk rakyat Malaysia.

Raja Charles merupakan ketua negara-negara Komanwel dan sidang kemuncak CHOGM juga akan menjadi yang pertama bagi Sultan Ibrahim atas kapasiti baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast