Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA – Selepas dikecam kerana menggunakan perkataan ‘keling’, akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf.

“Saya ingin memohon maaf kepada masyarakat India, jika saya menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media di sini.

Pengerusi Pakatan Harapan berkata, beliau tidak berhasrat untuk menghina sesiapa pun.

Dr. Mahathir menggunakan perkataan itu semasa mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya di Johor baru-baru ini.

Beliau dilaporkan berkata: “Saya mahu menggunakan perkataan ‘keling’. ‘Keling’ kata podah”.

Susulan daripada insiden itu, beliau dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Datuk S. Ambiga dan Bendahari MIC, Datuk Seri S. Vell Paari yang menyifatkan Dr Mahathir sebagai rasis.

Ambiga berkata, memandangkan perkataan ‘keling’ itu berasal dari Kalinga, India, maka tindakan Dr Mahathir itu sebagai satu penghinaan kepada etnik India di Malaysia.

Manakala, P Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menasihatkan Dr Mahathir agar tidak menggunakan istilah yang boleh menghina sesetengah kumpulan etnik.

Ini bukan kali pertama Dr. Mahathir menggunakan perkataan ‘keling’ kerana beliau pernah mengeluarkan perkataan sama pada tahun 2016 sehingga bekas Pengerusi PKR Puchong, S. Murali membuat laporan polis.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir tetap mempertahankan penggunaan perkataan ‘keling’ yang didakwa tidak mempunyai konotasi tidak baik di Kedah.

Katanya, perkataan itu biasa digunakan semasa dia kecil lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast