BAYAN LEPAS – Seorang lelaki warga Perancis ditahan selepas bertindak agresif dengan mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis yang melakukan pemeriksaan pada sekatan jalan raya di Bayan Indah di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan ketika memandu kereta jenis Honda CRZ.
“Pelayan restoran itu kemudian bertindak agresif ketika anggota polis melakukan pemeriksaan pada badannya
“Suspek mengeluarkan kata kesat, sebelum menolak anggota polis terbabit.
“Suspek yang masih bujang itu kemudian dibawa ke Balai Polis Cawangan Trafik Bayan Lepas bagi saringan lanjut sebelum mendapati berada dalam pengaruh alkohol,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – MalaysiaGazette
















