KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan video dan gambar beberapa rangka pesawat (yang dikatakan jenis F-5E buatan Amerika Syarikat) yang tular di media sosial bukan miliknya.

Dalam kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pihaknya juga ingin menjelaskan semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan pihaknya dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM.

“Pihak TUDM menyeru agar tidak dilanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar berhubung perkara ini,” katanya kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast