Home Ekonomi PRU14: MSIG bayar balik premium jika tunda perjalanan

PRU14: MSIG bayar balik premium jika tunda perjalanan

KUALA LUMPUR – Para pelanggan MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan mendapat bayaran balik premium insurans jika membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

Dalam kenyataan di sini, MSIG Insurans berkata, syarikat itu juga membenarkan para pelanggan meminda tarikh perjalanan tanpa dikenakan sebarang premium tambahan jika tarikh baru ditunda dalam tempoh 90 hari dari tarikh asal.

Tetapi, premium tambahan dikenakan sekiranya pelanggan melanjutkan tempoh perjalanan atau mengubah destinasi asal mereka.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MSIG di [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast