KUALA LUMPUR – Seorang lelaki patah kaki manakala tiga anggota polis cedera ringan selepas sebuah kereta bertembung dengan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Cherakah Kapar.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Nurul Azman Muhammadan berkata, nahas itu menyebabkan kereta berkenaan 90 peratus terbakar.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Terdapat seorang mangsa lelaki (pemandu Kia Sorento) mengalami kecederaan patah kaki manakala tiga anggota PDRM hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semua mangsa dibawa ambulans untuk rawatan seterusnya. – MalaysiaGazette
















