Mokhtar Senik
Mokhtar Senik

KUALA LUMPUR – Tidak ada salahnya menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk mencapai matlamat politik suci serta jika politik yang diperjuangkan itu adalah politik Islam.

Sebaliknya, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik berkata, yang menjadi kesalahan apabila ayat-ayat al-Quran digunakan oleh pengikut politik sekular, kerana matlamat politik sekular itu adalah jahat.

“Jadi saya sarankan bapak rujuk ulamak Islam ye, jangan pi berguru dgn (dengan) ulamak sekular.

“Kerana pemikiran ulamak sekular itu ialah libralisme. Ingat Pak Naim ye. cari sumber yg suci. Tinggalkan pemikiran sekular sbb (sebab) ia adalah short cut (jalan pintas) menuju kemurtadan,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Hantaran itu merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semalam, yang menegur semua pihak khususnya ahli politik supaya tidak menggunakan ayat suci al-Quran serta hadis sebagai modal di pentas ceramah terutama ketika kempen pilihan raya.

Menurut Mohd Na’im, perbuatan seumpama itu demi mencapai matlamat perjuangan politik, harus dielakkan, lebih-lebih lagi sekiranya yang memerlukan rujukan pihak berkuasa seperti Jabatan Mufti atau badan agama di negeri-negeri.

Sementara itu, Mokhtar mendakwa, pemikiran sekular adalah umbi kepada segala bentuk kesesatan berfikir hari ini apabila kehidupan dipisahkan daripada agama, sekali gus bermulanya kekufuran umat tanpa disedari.

Beliau turut memetik kata-kata Mufti Turki yang terakhir di zaman Khalifah Uthmani, Syeikh Musthafa Sobri yang berkata: `Sekularisme adalah jalan singkat menuju kemurtadan.”

Dakwanya, daripada umbi sekularisme juga lahirnya cabang-cabang kesesatan lain seperti libralisme, pluralisme, feminesme, pragmatisme, nasionalisme dan pelbagai lagi.

“Dari dahan libralisme lahir pula ranting nya human right (hak asasi manusia). Dari ranting human right libralisme keluar lah buah yang bernama LBGT,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bagus juga Pas kalah di Air Kuning.. Pas tunggang Agama Islam demi kepentingan diri terutama kepimpinan Pas sekarang.
    Pas/PN masih lagi berkempen dengan cara menakutkan serta salah guna ayat-ayat suci Al Quran,
    Sepatutnya perkataan ISlam dalam PAs patut dikeluarkan sebab Islam hak semua umat Islam.Sekarang parti Pas sudah tidak berciri-ciri Islam apatah banyak kes kalah saman fitnah.Peminpin Pas banyak keluarkan fitnah-fitnah yang hanya memburuk-buruk kesucian Agama Islam.Mereka sudah tidak takut kemurkaan Allah swt dan cara-cara mereka mempengaruhi penyokong-penyokong yang taksub sehingga menampakkan kebodohan yang ketara.

Comments are closed.