Seramai 769 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina telah dihantar pulang ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan asing yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam. Ihsan Foto : JIM Sabah

KUALA LUMUR – Seramai 769 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina telah dihantar pulang ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan asing yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua tahanan dipindahkan melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga City, Filipina, menggunakan perkhidmatan feri.

“Tahanan terdiri daripada 438 lelaki dewasa, 140 wanita dewasa, 98 kanak-kanak lelaki dan 93 kanak-kanak perempuan.

“Mereka sebelum ini telah ditempatkan di Depot Imigresen Papar, Sandakan dan Tawau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua individu berkenaan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan memiliki dokumen perjalanan yang sah bagi membolehkan proses pemindahan dilaksanakan.

“Operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak JIM Sabah bagi mengelakkan tempoh penahanan yang berpanjangan dalam depoh imigresen.

“Ini telah menjadikan jumlah pati warga Filipna yang dihantar pulang sebanyak 4,762 setakat tahun ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast