Pempengaruh dan usahawan, Siti Suriani Wahiddin. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Suriani Wahidin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall tidak akan berhenti meneruskan kehidupan meskipun berdepan pelbagai dugaan termasuk diceraikan berulang kali oleh suaminya baru-baru ini.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Siti berkongsi kisah kehidupannya yang kini bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki.

“Saya tidak boleh serik dalam hidup saya. Saya tidak boleh berhenti buat kerja saya sebab ada dua orang anak yang perlu ditanggung.

“Itu bukan tanggungjawab Aiman. Tanggungjawab Aiman hanya yang dalam perut sahaja,” katanya.

Menurut Siti, beliau kini menggalas peranan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anaknya dan menekankan kepentingan untuk berdikari dalam kehidupan.

“Rasanya saya akan 10 kali ganda tersakiti jika keluarga tidak memberi sokongan kepada saya, tiada duit dan rumah. Penting untuk berdikari cari duit sendiri, ada rumah dan kereta sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai anak yang sedang dikandung, Siti menyifatkan bayi tersebut sebagai seorang yang kuat kerana telah melalui pelbagai ujian sepanjang tempoh kehamilan.

“Betapa kuatnya baby yang ada dalam perut ini kerana telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang saya mengandung. Kadang-kadang saya terfikir, ‘Ya Allah kuatnya budak dalam perut ini’.

“Doakan anak saya (dalam kandungan) selamat dilahirkan, sihat dan membesar menjadi wanita yang solehah,” tambahnya.

Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019 namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

Siti kemudiannya berkahwin dengan Aiman pada Jun tahun lalu di Satun, Thailand. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast