KUALA LUMPUR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mungkin menyaksikan kejutan besar apabila Nurul Izzah Anwar berjaya merampas jawatan timbalan presiden parti menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan dinanti-nantikan kali ini.
Menurut sumber tertinggi parti, kemenangan Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu gelombang baharu dalam hala tuju kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Difahamkan, bagi jawatan Naib Presiden PKR, keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan kemenangan berpihak kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada tangga pertama manakala Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan pada tangga kedua.

Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pula dijangka akan ‘selamat’.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). -MalaysiaGazette

















Rafizi kalah oii. Ha..ha.. ha
izzah menang tu tidak lah penting. yang paling penting rafizi tunaikan janji letak jawatan menteri ekonomi. kami berani bertaruh dia tidak akan lakukan sebab mulutnya berbau bangkai bila bercakap. lagi pun dosa nya kepada najib terlalulah banyak. inilah yang dinamakan bunga bunga kifarah.