JOHOR BAHRU – Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM625,250 lesap selepas terlibat pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki tempatan berusia 67 tahun itu telah dihubungi individu bernama Susan menggunakan aplikasi whatsapp dan ditawarkan menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa kemudian dimasukkan dalam kumpulan satu whatsapp dan diminta membuat turun satu aplikasi bagi melihat keuntungan selain mengendalikan pelaburan tersebut.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan telah melakukan sebanyak 16 transaksi kepada lima akaun berbeza mulai 22 Mac hingga 19 Mei lalu dengan jumlah keseluruhannya, RM625,250.

“Mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan ketika cuba mengeluarkan keuntungan yang diperolehi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, disebat dan denda.

Jelasnya, siasatan juga akan meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ dan jika ada, tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast