KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Maran menafikan menggunakan peruntukan kementerian dalam lawatannya ke United Kingdom (UK).
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, beliau dan juga pemimpin UMNO lain yang hadir ke UK tidak menggunakan sebarang kemudahan ditanggung kerajaan.
“Posting saya semalam gambar bersama YAB DS Zahid Hamidi telah digunakan oleh Malaysiakini tanpa kebenaran dan telah mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.
“Tuduhan menggunakan duit rakyat dan sebagainya adalah melampau. Kami hadir bertemu anak-anak muda yang mahu mengaktifkan semula Kelab Umno UK atas perbelanjaan kami sendiri,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Terdahulu sebuah portal menyiarkan dakwaan ramai pemimpin UMNO pergi ke UK mengikut lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette
















