YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menziarah baginda Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, di Kuala Lumpur. 3 Jun 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) tempoh hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dalam hantaran media sosialnya.

“Petang tadi saya dan Azizah berkesempatan menziarahi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan,” katanya.

Anwar juga berharap baginda dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Brunei Darussalam.

Sebelum itu, Sultan Brunei dimasukkan ke IJN kerana direhatkan semasa menghadiri mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast