MELAKA – Mayat wanita yang mati dipercayai dikelar suaminya Isnin lalu, dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat pagi ini.
Difahamkan mayat wanita itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 3 petang semalam turut diiringi beberapa waris terdekat.
Tinjauan di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik bagaimanapun mendapati tiada waris yang menunggu.
Proses bedah siasat bagaimanapun dikatakan sedang berjalan bermula jam 9 pagi tadi dan dijangka dituntut waris tengah hari ini. – MalaysiaGazette
















