Menteri Pengangkutan Anthony Loke berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 bertajuk Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam di Menara Prasarana, Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 4 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti dasar penggunaan ruang udara altitud rendah dan mobiliti dron, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, operasi dron setakat ini terhad di kawasan pendalaman namun mengakui keperluan untuk mengkaji perkara itu dengan lebih lanjut.

“Esok kita akan bincang mesyuarat Kabinet, dengar cadangan-cadangan ini untuk pandangan Jemaah Menteri,” katanya ketikamempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 yang membincangkan isu berkaitan pengangkutan awam di sini malam ini.

Forum yang berlangsung di Menara Prasarana di sini membincangkan topik Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 bertajuk Pengangkutan untuk Rakyat Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam di Menara Prasarana, Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 4 JUN 2025.

Ia melibatkan ahli panel terdiri daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

FIM Siri 6 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjadi platform interaktif untuk membincangkan cabaran dan pendekatan strategik ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara yang inklusif, mampu milik dan lestari.

Sementara, mengulas isu, Anthony berkata, negara belum mempunyai strategi dalam mobiliti altitud rendah  khususnya penggunaan dron bawah 1,000 meter.

“Kami belum mempunyai strategi mengenai perkara seperti sepatutnya tempat letak kereta atau mobiliti bandar. Mobiliti dron masih di peringkat awal terutamanya dari segi teknologi untuk membawa orang atau penumpang.

“Terdapat banyak cadangan daripada syarikat swasta untuk memperkenalkan dron kargo, tetapi kami masih belum mempunyai rangka kerja undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, Loke berkata buat masa ini, kerajaan lebih menumpukan kepada sistem pengangkutan berasaskan darat. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah bergambar bersama tetamu yang hadir pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 6 bertajuk Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam di Menara Prasarana, Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 4 JUN 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast