KUALA LUMPUR – Bas ekspres yang terlibat dalam tragedi di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi disewa oleh para penuntut sendiri.
Bas itu disewa dari Jertih untuk membawa mereka pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim selepas bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Sabtu lalu.
Sekurang-kurang 13 maut, 31 cedera bas UPSI berlanggar dengan kereta
Naib Canselor UPSI Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, beliau masih mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.
“Ada maklumat kehilangan dan kematian. Sama-samalah kita mendoakan supaya mereka yang terlibat dalam nahas diberi kesembuhan.
“UPSI amat prihatin dan akan memberi sokongan dan bantuan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat,” katanya menerusi Hot FM pagi tadi.
Bomba sahkan 14 pelajar UPSI, seorang kelindan maut dalam nahas di Gerik















