Kemalangan antara sebuah bas dan lori treler awal pagi tadi di LPT berhampiran Maran

 

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengesahkan tiada pelajarnya yang cedera dalam kejadian sebuah bas merempuh belakang treler Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) tengah malam tadi.

Ketika kejadian, terdapat 13 orang pelajar UMPSA di dalam bas berkenaan.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias dalam kenyataannya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan pelajar institusi pengajian berkenaan yang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan menghala ke Terminal Sentral Kuantan.

 

Kesemua pelajar berkenaan selamat tiba di kampus dengan menaiki bas ganti pengusaha bas berkenaan sekitar jam 4 pagi tadi.

“Dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar yang tiba di Masjid UMPSA Gambang disantuni serta diberikan bantuan dan sokongan segera.

“Antaranya bantuan makanan, sokongan emosi dan tempat kediaman sementara bagi tujuh orang pelajar dari Pekan,” katanya.

UMPSA katanya sentiasa mengambil serius tentang keselamatan, kebajikan serta kesejahteraan pelajar dan mengingatkan agar mereka sentiasa mengutamakan keselamatan walau dimana mereka berada. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Bas bawa 28 penumpang rempuh belakang treler di LPT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast