Pasukan bomba dan penyelamat membawa mayat mangsa naik ke darat menggunakan bot fiber bomba.

KUANTAN – Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dihanyutkan arus deras di Sungai Kuantan di Tanah Putih, di sini pada petang semalam ditemukan terapung malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Assisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat  Syed Alwi Syed Mohd Ali Hanapiah, 30, ditemukan oleh orang kampung pada jam 9.10 malam.

”Mayat mangsa dijumpai terapung di bawah pokok pada jarak 2.5 kilometer (km) dari pusat kawalan bencana.

”Pasukan bomba membawa mayat ke dalam bot penyelamat untuk dibawa naik ke darat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam insiden jam 3 petang semalam, mangsa menyuarakan hasrat mengikut adiknya Syed Abu Bakar, 25, memancing ke tebing sungai dari rumahnya di Tanah Putih.

Mangsa dengan tiba-tiba pergi berenang ke bahagian lebih dalam, terus tenggelam sebelum dihanyutkan oleh arus deras. – MalaysiaGazette

Lelaki OKU dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast