Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Syed Alwi Syd Mohd Ali Hanafiah, 30, dikatakan pergi ke sungai itu bersama adiknya untuk memancing.

“Kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus dan tenggelam.

“Adik mangsa berusaha menyelamatkannya, namun gagal,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Syed Alwi bermula 7 malam tadi melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

Operasi SAR telah ditangguhkan malam ini dan akan bersambung 8 pagi esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast