Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan.

KUALA LUMPUR – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini memikirkan secara masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet  satu tindakan tepat.

Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional, Sany Hamzan berpendapat, pengekalan kedua-dua individu berkenaan penting bagi mengukuhkan Kerajaan Madani dengan maksud meneruskan kesinambungan dalam merencanakan negara ke arah yang lebih baik.

“Secara peribadi saya bersetujulah sebab mereka merupakan aset bukan sahaja kepada PKR, tetapi juga kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

“Tempoh kita (kerajaan) hanya dua tahun atau dua tahun setengah lagi sebelum kita berhadapan dengan pilihan raya umum yang ke-16. Jadi pasukan Kabinet ataupun Jemaah Menteri Datuk Seri (Anwar Ibrahim) harus kita perkasa dan perkemaskan.

“Kita kena kuatkan khususnya dalam soal berkaitan ekonomi, soal berkaitan dengan taraf hidup rakyat dengan negara ini untuk kita bangunkan negara Malaysia ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat.

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette ketika ditemui selepas makan tengahari bersama Anwar di Restoran Kuning dekat Taman Tenaga, Cheras di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Anwar dipetik berkata mahu Rafizi dan Nik Nazmi menyertai semula Kabinet dan memberikan tempoh kepada Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa itu untuk berfikir masak-masak dengan keputusannya sebelum ini.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan kedua-dua figura Pakatan Harapan (PH) itu  sudah diterima namun belum lagi diluluskan.

Mengulas lanjut, Sany menegaskan, penyertaan semula Rafizi dan juga Nik Nazmi itu sebagai satu keperluan kerana kedua-duanya mempunyai peranan penting baik ketikaberada di dalam parti mahupun kerajaan.

“Saya rasa memang ada keperluanlah (sertai semula Kabinet) sebab masing-masing ada peranan baik di dalam parti, baik peranan diperingkat kerajaan.

“Jadi, dalam tempoh dua tahun ini kita kena jalankan tanggungjawab ammanah yang diberikan kwpada kita, sebab yang penting pada saya ialah PRU yang ke-16 ini Kerajaan Madani, Kerajan Perpaduan wajiblah mesti diangkat dan dinobatkan sekali lagi untuk jadi pemerintah di negara ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast