JOHOR BAHRU – Persidangan UMNO bahagian di Johor yang akan bermula hujung bulan ini diharap menghasilkan keputusan bermanfaat dan membawa sinergi baharu untuk memajukan parti dan rakyat.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim berkata, setiap suara dan pandangan dalam persidangan itu penting dalam memacu visi dan misi UMNO ke depan.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Segamat mahu persidangan itu menjadikan parti lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran mendatang.

“Marilah kita bersama-sama berkongsi idea, membina strategi dan memperkukuh ikatan kita sebagai satu keluarga besar UMNO.

“Semangat perjuangan yang kita warisi dan pelihara adalah sumber inspirasi yang tidak pernah pudar,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tempoh persidangan tersebut adalah satu kesempatan yang amat bermakna untuk semua ahli UMNO.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast